wrapper

Topik Popular

Search - K2
Carian - Kategori
Carian - Kenalan
Carian - Kandungan
Carian - Berita Suapan
Carian - Pautan Web
Keputusan Carian Pintar

1. Mulai 4 Mei 2020, Kerajaan Malaysia akan membuka semula (restart) ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh.

2. Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah-langkah yang diambil oleh perniagaan untuk memastikan kepatuhan kepada Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan di dalam dokumen ini.

3. SOP yang disediakan adalah untuk memastikan aspek kesihatan diutamakan dan terjamin dalam persekitaran di mana penularan wabak Covid-19 masih merupakan ancaman yang benar. SOP ini berhasrat untuk mengurangkan risiko kesihatan kepada orang awam dan di premis perniagaan, sekaligus mengelakkan perkhidmatan kesihatan negara dibebani sehingga tahap yang luar kawalan.

4. Sekiranya berlaku peningkatan penularan wabak Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan lain boleh dikuatkuasakan. Ini memberi kesan kepada usaha membuka semula ekonomi negara.

5. Pembukaan sektor-sektor ekonomi akan dilakukan secara berperingkat, sila rujuk kepada Senarai Aktiviti Yang Dilarang yang telah disediakan. Melainkan sektor-sektor yang dinyatakan dalam Senarai Aktiviti Yang Dilarang tersebut, kesemua sektor perniagaan yang lain dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi berdasarkan SOP ini. Senarai tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa oleh badan Kerajaan dan agensi seliaan yang bertanggungjawab, mengambil kira tahap ketersediaan perniagaan untuk memulakan semula operasi.

6. Kegagalan untuk mematuhi SOP boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan. Kerajaan, melalui kerjasama antara Kementerian Kesihatan, PDRM, dan lain-lain badan penguatkuasa akan membuat pemantauan dan penguatkuasaan dalam usaha memastikan SOP dipatuhi. Perniagaan diingatkan untuk memastikan sentiasa berhubung dengan badan Kerajaan seliaan yang bertanggungjawab untuk sebarang perkembangan terkini.

 


Garis Panduan Membuka Semula Aktiviti Ekonomi Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

  1. Pengenalan
  2. Sektor Sukan Dan Rekreasi
  3. Sektor Pengangkutan
  4. Sektor Makanan
  5. Perkhidmatan Ikhtisas Dan Professional
  6. Sektor Pembuatan
  7. Sektor Sosial
  8. Sektor Minyak Dan Gas
  9. Perkhidmatan Dan Pelbagai
  10. Peruncitan
  11. Aktiviti Koperasi
  12. Sektor Agrikomoditi
  13. Sektor Kewangan
  14. Industri Pertahanan
  15. Sektor Di Bawah Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli
  16. Sektor Penjagaan Sosial (Taska)
  17. Sektor Pendidikan
  18. Sektor Pertanian
  19. Sektor Komunikasi Dan Industri Kreatif
  20. Sektor Hotel Dan Kebudayaan
  21. Sektor Alam Sekitar
  22. Sektor Pembinaan
  23. Sektor Perkhidmatan Berkaitan Guaman
  24. Sektor Industri Kawalan Keselamatan Swasta
  25. Sektor Kebersihan, Keselamatan, Pembinaan, Pengurusan Strata, Kewangan (Kredit Komuniti Dan Pajak Gadai)
  26. Sektor Kesihatan
  27. Sektor R&D Dan Makmal-Makmal Ujian

Teks Perutusan Perdana Menteri