Apakah itu Sokongan Bil Elektrik PERMAI?​​

Inisiatif ini adalah diskaun 10% bagi penggunaan elektrik dari 1 Januari hingga 31 Mac 2021 untuk enam sektor perniagaan terpilih yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).​

Siapa yang layak untuk menerima inisiatif ini?

Enam sektor perniagaan terpilih yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan bagi diskaun 10% ialah:
  • Pengendali Hotel;​
  • Taman Tema;
  • Pusat Konvensyen;
  • Pusat Membeli Belah;
  • Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan; dan
  • Agensi Pelancongan.

Bagaimanakah saya boleh memohon inisiatif ini?​

  • Pengguna perdagangan dari enam sektor terpilih yang telah menerima diskaun 15% di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 akan secara automatik layak menerima diskaun 10% di bawah Pakej Bantuan PERMAI.
  • Bagi Pengguna TNB yang merupakan pemohon baru:
    1. E-mel kepada TNB CareLine di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
    2. Kedai Tenaga yang berdekatan (selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan)​
  • Pemohon yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan pihak TNB boleh mengisi borang permohonan di Laman Permohonan KeTSA. Borang yang telah dilengkapkan dan dokumen sokongan boleh diserahkan melalui Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
  • Pengguna boleh menyemak status kelayakan diskaun 10% di Laman Khas KeTSA